Anak2 merupakan permata bagi ayah ibu. Sejak anak dalam kandungan lagi hingga anak lahir, anak menjadi kesayangan kedua ibu ayah. Sesungguhnya kasih sayang mereka begitu abadi tiada pudar sedikitpun biarpun anak2 sudah meningkat dewasa. Pendek kata selagi hayat di kandung badan, kasih mereka tetap tiada dapat ditukar ganti.
Tetapi sebaliknya, apakah kasih sayang anak2 terhadap orang tua mereka begitu juga? Apakah sudah hilang rasa kasih sayang , rasa hormat yang pernah mereka beri, lupakah mereka akan nilai2 kemanusiaan yang mereka pelajari, paling kurang ingat budi baik dan pengorbanan ibu ayah yang semakin tua, telah memelihara dan membesarkan mereka dengan penuh susah payah dulu.
Inilah yang banyak terjadi pada abad masa kini. Kisah 'IBU MELAHIRKAN TUAN' menjadi antara tanda2 akhir zaman. Si ibu diperlakukan oleh anak2 dengan bahasa yang kasar, menyakitkan hatinya apabila kemahuannya tidak dipenuhi. Tidak kurang juga anak2 kecil kini sudah mula derhaka dengan mengguling2kan diri, marah2, cepat melenting, memerintah ibu bapa membuat itu dan ini sehingga siibu terpaksa mengalah dan merasa sangat sedih dan mengalirkan air mata. Dan apabila anak2 sudah remaja, memang lumrah mereka suka bergaya dan berseronok. Bukan tak boleh melepak dengan kawan2, tetapi gunakan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Galilah ilmu sebanyak mungkin supaya menjadi orang berilmu. Nasihat ibu ayah supaya anak2 gadis berpakaian sopan, menutup aurat dan tidak bergaul bebas mestilah dipatuhi. Ini bukan perentah manusia tapi perentah Allah s.w.t. Sesungguhnya kata Allah, anak2 yang tidak menutup aurat dan tidak solat akan MENARIK ibu ayah mereka masuk ke dalam neraka.
Jika anak yang mengenang jasa dan patuh kepada orang tuanya akan membantu meringankan tugas seharian ibu ayah. Berat sangatkah tugas membasuh pinggan mangkuk, mengangkat kain di ampaian atau sekurang2nya mengemas bilik tidur sendiri? Ketahuilah, jika anak2 pandai mengambil hati siibu, boleh membantu tanpa disuruh, sesungguhnya hati ibu sangat lapang, terhibur dan merasa bersyukur. Tetapi jika sebaliknya, hanya Tuhan saja yang Maha mengetahui betapa jiwa siibu terhiris dan keciwa.
Ketahuilah menyinggung perasaan ibu ayah sudah dianggap derhaka, apa lagi perkara2 yang lebih berat dari itu. Trend masa kini apabila anak2 sudah berumah tangga dan berkeluarga, ibu disuruh menjaga cucu2, tanpa memberi peluang si ibu untuk mendekati masjid dan mendalami ilmu agama atau menikmati masa tua mereka dengan sempurna. Apabila ibu ayah sudah uzur dan berpenyakit, kebajikan mereka tidak dipedulikan. Urusan makan minum terletak sepenuhnya di bawah tanggung jawab orang gaji tanpa belaian kasih dan sayang. Lebih teruk lagi ada yang tergamak menghantar orang tua mereka ke rumah kebajikan kerana beranggapan menyusahkan dan sudah tidak mampu menguruskannya sendiri di rumah.
Ingatlah anak2, dunia ini hanya pinjam2an. Dunia merupakan perjalanan sementara untuk menuju akhirat. Tunaikanlah perintah Allah dan rasul dan hindarilah sifat malas. Sembahyang, berpuasa, membaca al quran dan bersedekah dapat mendidik nilai2 terbaik kepada peribadimu. Berbuat baiklah kepada orang tuamu supaya menjadi insan terpilih di sisi Tuhan. Pastinya doa ayah ibu membawa rahmat dan berkat. Jangan jadi anak derhaka yang akhirnya menjadi tuan kepada ibu ayahnya sendiri. Amin...
No comments:
Post a Comment