Sunday, March 29, 2009

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Pusat Tuisyen DBKL 2008

Pada pagi Selasa 24 Mac tempoh hari, aku bersama 2 anakku memandu Gen-2 ku mengekori kereta suamiku meredah hujan lebat menuju ke Stadium Badminton Cheras KL. Apabila sampai di sana, suamiku terus ke tempat kerja manakala kami singgah di SBC dengan perasaan syukur. Di situlah berlangsungnya Majlis Anugerah untuk semua pelajar KL yang mengikuti kelas tuisyen tajaan DBKL yang mendapat kecemerlangan dalam UPSR dan PMR tahun 2008. Kami sampai awal lebih kurang pukul 8.30 pagi. Anak bongsuku Qila yang telah mendapat 5A dalam UPSR tahun lalu terus mendaftarkan diri dan mengambil kupon untuk breakfast dan lunch.

Acara bermula pada pukul 10 pagi dengan ketibaan Datuk Hj Salleh bin Yusup sebagai Ketua Pengarah DBKL . Selepas menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Kuala Lumpur, beramai2, majlis penyampaian anugerah cemerlang telah disempurnakan oleh beliau kepada semua pelajar cemerlang UPSR dan PMR. Aku bangga dengan Qila atas pencapaiannya dan aku harap dia terus belajar bersungguh2 untuk kecemerlangannya dalam PMR kelak. Disini aku titipkan beberapa gambar sebagai kenangan.









1 comment:

  1. Sekalung TAHNIAH buat ACIK AQILA kita !!! Keep up your good work !

    nanti yong blanja cendol ekkk....heheh....

    waaaa opah idah kita ada blog rupenyea....baru keme tau harini....

    ReplyDelete