.
Selepas solat
Niat saya untuk terus mengikut sahabat saya pulang ke hotel terhenti. Beliau meneruskan langkah meninggalkan saya untuk segera pulang ke hotel...manakala kaki saya terhenti apabila seorang yang tak saya kenali mengajak saya berpatah balik sambil menarik tangan saya menuju semula ke arah Kaabah. Di situ kami melihat ratusan tentera membuat perbarisan dari luar masjid hingga memagari keliling Kaabah.
Baru saya teringat kata2 mutawif kami Encik Iskandar Muda semalam dari Agensi Andalusia Tour & Travel), bahawa King of Saudi Arabia dijadualkan akan masuk ke dalam Kaabah pada pagi 1 Syaaban...Pastinya hati saya sangat gembira dan berdebar menunggu peluang keemasan ini!
Kami berpegangan tangan dan kemesraan mula wujud antara kami kerana kami datang dari negara yang sama. Kami kini berdiri lebih kurang lima meter dari sudut Hajarul Aswad dengan rasa penuh bimbang kerana di hadapan kami iaitu tempat tawaf ketika itu telah dipagari oleh tentera yang serba berpakaian lengkap. Kawasan tempat tawaf kelihatan kosong , tiada siapa pun dibenarkan tawaf di situ.
Mata saya kemudian memandang pada sudut Kaabah di hadapan saya...rasanya ingin saya mendekatinya lagi. Kawasan tempat tawaf yang lapang yang tiada sesiapa, memberi peluang kepada saya untuk menatap dengan lebih dekat lagi Hajarul Aswad yang di dalamnya mengandungi lapan biji batu hitam yang dikatakan batu dari syurga... Tak puas saya memandangnya, walaupun beberapa hari yang lalu, beberapa kejadian anih berlaku, menduga saya...tetapi dengan izin Allah akhirnya saya telah berpeluang memegang dan mengucupnya...Alhamdulillah!Tidak berapa lama kemudian saya nampak beberapa orang Arab bangsawan berjalan menuju ke arah Rukun Yamani melakukan istilam (menyalami dan berjabat ) dan seterusnya menundukkan kepala mencium Hajarul Aswad... Mungkin itukah Raja Saudi...? Saya pun sebelum ini tak pernah melihat gambarnya apatah lagi orangnya...terdengar bisikan dan teriakan orang ramai menyebut "King Abdullah! King Abdullah!" Tetapi yang lain2 tu siapa? Ada seorang yang berkerusi roda mungkin uzur agaknya, usiapun sudah terlalu tua..adakah beliau juga salah seorang keluarga diraja juga ..!
Apabila tangga Kaabah telah berada betul2 di hadapan Multazam (pintu Kaabah), saya melihat 'The King of Saudi Arabia' itu terus dibawa naik ke atas tangga paling atas menggunakan sejenis alat kenaikan seperti mini esculator... Dari kacamata saya, kelihatan Raja Abdulah yang hebat dengan pakaian jubah hitam itu memiliki perwatakan yang sangat lemah lembut dan wajah yang bersih dan berseri.. Ya Allah, sesungguhnya saya tak pernah menyangka saya akan dapat melihat baginda dari jarak yang amat dekat sekali...!!
Melalui sumber yang saya perolehi, pintu Kaabah hanya boleh dibuka oleh keturunan Bani Syaibah yang merupakan pemegang kunci tersebut. Menurut sumber itu lagi, hanya keturunan Bani Syaibah saja yang berhak memegang dan membuka pintu Kaabah sejak turun-temurun lagi kerana tugas itu merupakan amanah dari zaman junjungan besar Nabi Muhammad saw lagi.
Tidak lama kemudian , lampu tiba2 terpadam dan keadaan dalam kaabah menjadi gelap. Tetapi orang ramai masih tidak berganjak dan masih berpusu2 mengasak ke arah hadapan.Kami tetap menggunakan peluang yang berharga itu untuk terus merakam gambar setiap peristiwa yang berlaku.
Akhirnya, kami melihat Raja Abdullah dan rombongannya muncul dan telah diberi penghormatan keluar dari dalam Kaabah lalu menuruni tangga yang kedudukannya masih rapat pada pintu Kaabah.
Apabila saya sampai di tangga masjid, saya masih dapat menyaksikan ada lagi sekumpulan orang sedang masuk ke dalam Kaabah. Siapakah mereka..!? Pastinya mereka adalah di antara orang2 yang bernasib baik....
Wassalam.