Wednesday, July 28, 2010

Kenangan Ziarah Umrah Penyucian Jiwa Di Tanah Suci


3 Julai 2010 -KLIA

Pada hari Sabtu bersamaan 20 Rejab 1431Hyang lalu bermula episod perjalananku untuk menerima panggilanMu ke bumi keampunan yang barakah yang merupakan qiblat muslimin-muslimat seluruh dunia. Menaiki pesawat Saudi Arabian Airlines melalui pekej Andalusia Tour & Travel, kami dijangkakan bertolak jam 3 petang, tetapi flight delay kerana masaalah teknikal dan akhirnya kami selamat berlepas pada jam 6petang.



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana aku dan keluargaku bersama kumpulan jamaah Andalusia seramai 40 orang telah selamat melalui perjalanan udara dari KLIA selama 8 jam menuju ke lapangan terbang Jeddah dalam perasaan yang lapang dan tenang.


4 Julai 2010 - Jeddah

Inilah transit kami di Jeddah, kami menunggu ketibaan bas untuk menuju ke Madinah Al-Mukaramah selepas singgah solat di surau yg berdekatan.


Selepas setengah jam menunggu, bas yang djanjikan sampai. Kami meneruskan perjalanan ke Madinah yang mengambil masa kira2 4 jam untuk sampai ke sana.


4 Julai 2010 - Ziarah Disekitar Masjid Nabi di Madinah Al-Mukaramah

Inilah pemandangan di waktu pagi di hadapan hotel Al-Fayroz di Madinah Al-Mukaramah, tempat di mana kami menginap selama 3 hari 4 malam. Jarak antara hotel kami dengan Masjid Nabawi adalah 200 meter. Memakai pakaian yang cantik dan sedikit haruman adalah disunatkan ketika hendak ke masjid nabi.


Inilah di antara hotel2 yang menjadi laluan kami yang terletak di antara hotel kami dengan Masjid Nabawi selama berada di Madinah.


Raudah merupakan kawasan tempat berdoa yang paling mujarab, Allah akan memakbulkan semua doa hambaNya. Hanya kaum muslimin sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam kawasan ini, manakala kaum muslimat hanya dibenarkan berdoa dan melakukan amal ibadat di kawasan luar sahaja mengikut waktu2 yang sangat terbatas. Syukur Alhamdulillah, suami dan anak lelakiku beberapa kali berpeluang menunaikan solat fardhu dan solat sunat di sini.


Di antara kawasan makam Rasulullah dan mimbar dalam Masjid Nabawi, yang dikenali dengan tiang2 berwarna putih, kawasan ini dinamakan Raudhah. Inilah suasana Raudah yang sentiasa dipenuhi orang. Hadis sahih Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda, "Tempat yang ada di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman dari taman2 syurga." Manakala Imam Ahmad menambah dengan hadis rawi2 yang sahih, "Mimbarku berada di atas satu taliair daripada beberapa taliair di dalam syurga."


Ini merupakan kawasan saf di hadapan Raudhah berhampiran dengan makam Nabi. Peluang yang ada digunakan sepenuhnya untuk melakukan solat, membaca Al-Quran dan berzikir.


Di sebelah kiri inilah makam Rasulullah saw manakala di sebelah kanan merupakan makam Saidina Abu Bakar Al-Siddiq dan Saidina 'Umar Al-Khattab.Kawasan makam nabi ini sentiasa sibuk dengan penziarah berhenti sejenak sebagai menghormati dan mengucapkan salam kepada baginda Nabi dan sahabat2 baginda itu. Rujuk surah Al-Ahzab ayat 40 yang bermaksud, "Muhammad itu bukanlah bapak dari seseorang di antara kamu, tetapi Dia adalah utusan Allah dan penutup para nabi. Dan Allah maha mengetahui segala sesuatu."


Pemandangan di luar Masjid Nabawi yang sentiasa bersih dan cantik. Kelihatan di atas masjid ini ada kubah hijau dan di bawah kubah tersebut terletak makam Nabi Muhammad saw dan 2 sahabat baginda. Baginda telah dikebumikan di rumahnya iaitu ditempat di mana baginda wafat. Rujuk surah Ali Imran ayat 144 yang bermaksud, "Dan Muhammad hanyalah seorang rasul; sebelumnya telah berlalu beberapa rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik ke belakang(murtad)? Barang siapa berbalik ke belakang, maka ia tidak akan merugikan Allah sedikitpun. Sesungguhnya Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur."


Inilah pintu laluan masuk ke makam Nabi saw yang dikunjungi oleh pelawat2 lelaki sahaja.


Suasana dalam Masjid Nabawi yang sangat cantik reka bentuknya.


Inilah pintu rumah Saiditina Fatimah Al-Zahra binti Muhammad, anakanda Nabi saw yang kedudukannya bersebelahan dengan rumah baginda.


Inilah pintu Jibril, di mana tempat selalunya Jibril turun untuk menyampaikan wahyu kepada baginda Rasulullah saw.


Kaum lelaki sempat di bawa menziarahi kawasan perkuburan Baqi yang sangat luas. Ia terletak di pinggir bandar bersebelahan perkarangan Masjid Nabawi yang dipenuhi dengan batu2 sebagai tanda batu nesan. Perkuburan ini dikenali sebagai Jannatul Baqi yang merupakan perkuburan ahli2 Madinah sejak sebelum zaman Nabi hingga sekarang. Kebanyakannya adalah perkuburan isteri2, putra-putri2, cucunda2, kaum keluarga dan sahabat2 Rasulullah yang disemadikan di sini.



Inilah pemandangan di luar Masjid Nabawi yang sentiasa sibuk dengan orang ramai. Ketika ini kami baru sahaja keluar dari masjid selepas menunaikan solat fardhu asar.


Inilah pemandangan yang sangat cantik dan syahdu di waktu subuh... Jam 4.19 pagi menunjukkan telah masuk waktu subuh waktu Madinah.


Pemandangan selepas solat subuh, muslimin dan muslimat keluar dari masjid dalam suasana tenang dan berhemah.


5 Julai 2010 - Ziarah Di Luar Kota Madinah

Kami memulakan ziarah keluar dari kota Madinah iaitu menuju ke Masjid Quba'yang sangat bersejarah. Masjid Quba' ini merupakan masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah saw dan sahabat2 baginda ketika baru tiba di Madinah pada awal hijrah. Masjid Quba' ini merupakan masjid keempat termasyhur selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Al-Aqsa. Jauhnya ia dari Masjid Nabawi ialah 4.8km.


Allah swt berfirman dalam surah At-Taubah ayat 108 yang bermaksud,"Sungguh, masjid yang didirikan atas dasar taqwa , sejak hari pertama adalah lebih baik engkau melaksanakan solat di dalamnya. Di dalamnya ada orang2 yang hendak membersihkan diri. Allah menyukai orang2 yang bersih." .


Sesi mendengar taklimat dari Ustaz Iskandar Muda yang merupakan seorang Mutawif Andalusia Tour & Tavel yang sangat berpengalaman yang ditugaskan mengetuai rombongan kami ketika di Madinah.


Inilah pemandangan di sekitar kawasan Bukit Uhud yang jauhnya kira2 12km dari Masjid Nabawi. Panjangnya Bukit Uhud ialah 7.5km. Di kawasan bukit yang amat bersejarah ini terdapat kawasan berpagar yang merupakan tanah perkuburan yang menempatkan makam Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib, Saidina Abdullah bin Jahsy dan Saidina Mus'ab bin Umair...dan makam para syuhadah semasa perang Uhud.


Bukit Uhud merupakan salah satu dari bukit2 syurga, maka pandanglah ia..semoga kamu beruntung. Rujuk surah Ali Imran ayat 169 yang bermaksud, "Dan jangan sekali2 kamu mengira bahawa orang2 yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mereka mendapat rezeki."


Pemandangan berlatar belakangkan Jabal Ainain berhadapan dengan Jabar Uhud (bukit Uhud)



Sungguh besar tandannya, cantik ranum buahnya dan rasanya yang rangup dan kelat manis tetapi sedap. Inilah keunikan buah tamar ciptaan Allah yang sangat berkhasiat dan tahan disimpan lama yang menjadi kesukaan nabi kita, Nabi Muhammad saw.


Selepas lawatan ke ladang kurma, kami ke Bazaar Kurma dan tidak melepaskan peluang untuk menjamah dan membeli beberapa jenis kurma yang menjadi idaman pengunjung. Di antaranya ialah Kurma Ajwa iaitu kurma Nabi yang dikatakan berkhasiat sebagai penyembuh penyakit dan penawar racun/sihir (insyaallah), Kurma Mabrur, Kurma Syafawi dsbnya. Di bazaar ini juga dijual perbagai jenis coklat Arab, kandy, kismis, dan kekacang sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.


Bersambung ke episod seterusnya....