Saturday, February 14, 2009

Memotong kuku mengikut Islam

sila klik gambar untuk lebih jelas

Cara yang betul memotong kuku mengikut Islam:
  1. Mulakan memotong kuku dengan jari tangan kanan dan kemudian diikuti dengan jari tangan sebelah kiri, mengikut tertib.Islam memberatkan amalan tertib supaya usaha yang dibuat menjadi, berkualiti dan dapat memberi khasiat. 'Tertib' bermaksud melakukan mengikut peraturan, iaitu perkara yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan. Contohnya, jika kita menggoreng ikan, kita akan tuang minyak terlebih dahulu, kemudian bila dah panas minyak barulah masukkan ikan...Apa jadi kalau tak ikut peraturan, masuk ikan dahulu baru tuangkan minyak? Sudah pasti hasilnya tak menjadi.

  2. Cara memotong kuku tangan dan kuku kaki yang dituntut dalam Islam adalah seperti gambar Pilihan A atau Pilihan B. Sangatlah elok jika kita dapat meluangkan masa sejenak untuk merujuk dan membaca gambarajah di atas, apakah amalan yang kita lakukan selama ini serupa atau tidak. Itulah yang saya belajar dari Ustazah Datin Aminah di Masjid Al Falaq, Subang Jaya. Kalau tak silap saya, buku rujukan yang digunakannya ialah Bingkisan Mutiara. Selama ni tak berapa nak ambil berat sangat tentang kaedah potong kuku ni....tapi rupanya ada fadilat yang tersirat. Apa2pun kenalah berhijrah lepas ni.

  3. Kaedah2 yang ditunjukkan tu harus menjadi amalan dalam kehidupan kita umat Islam supaya kita sentiasa dipelihara oleh Allah di dalam keselamatan dan dijauhi dari kepapaan, pelbagai penyakit seperti sopak, gila dan sakit mata.

  4. Makruh menyimpan kuku panjang walaupun satu jari. Kuku yang panjang masih tidak dikira suci dan bersih kerana di situlah tempat syaitan bertenggek dan melindungi diri. Jika jari tak bersih bermakna seluruh badan kita masih belum dianggap bersih. Malaikat akan turun mendekati manusia sekiranya tubuh badan manusia itu bersih. Renung2kanlah diri kita ni ...

  5. Lakukan memotong kuku seminggu sekali, sebaik2nya pada hari2 tertentu sahaja. Kelebihannya adalah untuk mendapat pahala dan menghindari diri dari sebarang penyakit kecuali sakit mati. Di bawah ini dinyatakan fadilat memotong kuku pada hari2 tertentu:

    • Jumaat - dapat menghindari sakit mata dan sakit gigi, menghilangkan dosa dan mudah mendapat rahmat , bertambah ilmu dan akhlak mulia

    • Sabtu - hilang penyakit dan mudah mendapat penawar

    • Ahad - tidak berkat, hilang papa

    • Isnin - hilang penyakit gila

    • Selasa - menuju kebinasaan, hilang penyakit sopak

    • Rabu - terdorong kapada perangai jahat, hilang sifat was-was

    • Khamis - murah rezeki (kekayaan), hilang penyakit kusta


  6. Mulakan memotong kuku dengan Bismillah disudahi dengan Alhamdulillah. Sesuatu yang kita lakukan hendaklah dengat niat supaya diberkati. Setelah selesai potong kuku, sunat membasuh semua kuku jari tangan dan kaki. Kuku yang tidak dibersihkan dibimbangi akan mendatangkan gangguan dan bisa kepada tubuh badan. Contoh: kesan calar selepas menggaru boleh mengundang pelbagai penyakit kerana di hujung kuku yang tidak dicucl dikatakan terdapat bisa.

  7. Sesungguhnya di hujung jari-jemari yang bersih ada tersimpan penawar. Betapa rahsia Allah mengatasi segalanya. Islam menyuruh kita makan menggunakan jari sebagai satu ibadah supaya sihat dan mendapat berkat. Bukan tak boleh makan guna sudu dan garpu... tiada satu nas pun yang mengatakan begitu. Walau bagaimanapun, sesuatu yang baik itu semuanya datang dari Allah , yang buruk itu datang dari manusia belaka. Wallahualam.