Tuesday, December 30, 2008

Saturday, December 20, 2008

Aduan di Forum Nusaputra


Hari ni SABTU 20 DISEMBER, saya benar2 marah dan meradang. Nasib baik tak terpijak najis anjing semasa saya turun dari kereta , terlonggok macam najis manusia besarnya berhampiran dengan pokok di luar pagar di hadapan rumah saya di jalan 1/3b. Ini kali ketiga saya komplen. Sebulan dua lepas saya buat komplen juga kepada pihak sekuriti dan staf di pejabat nusaputra kerana di luar kediaman saya kerap dicemari dengan najis anak anjing. Sejak itu tidak ada lagi najis nampaknya, saya ucapkan terima kasih kepada pihak yang bertindak. Kali ini sekali lagi saya panas hati. Saya beritahu pak cik sekuriti. Beliau menasihatkan saya supaya membuat aduan secara bertulis kepada pihak management. oleh kerana esok hari minggu, saya akan buat tindakan pada isnin depan.saya tinjau juga kawasan di situ dan mendapati ada kediaman yang memelihara tidak kurang dari 5 ekor anjing sekaligus. Saya tak mau menuduh sesiapa, tapi saya percaya anjing besar telah dibawa keluar pada pagi tadi kerana nak berak memandangkan najisnya belum kering. Jadi tempat saya jadi destinasinya.Malam ni saya buka portal atas nasihat anak buah saya yang merupakan resident di sini jugak. Apabila saya buka portal ni,saya tengok banyak rungutan pasal anjing dan kucing. Saya nak Tanya pihak management, adakah segala rungutan dan keluhan resident nusaputra tidak pernah dibuka, dibaca dan diambil peduli oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab? Kepada residents yang ada membela haiwan peliharaan seperti anjing terutamanya, supaya bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan sendiri. Ingatlah kamu tinggal berjiran dengan orang2 islam.sikap anda itu sangat menyusahkan kami! Agama islam sangat mementingkan kebersihan, malah semua agamapun sangat mengutamakan kebersihan. sengaja atau tidak sengaja membiarkan kekotoran dari perbuatan binatang peliharaan sendiri di kawasan perumahan sejiran dan taman menunjukkan betapa anda bukanlah seorang jiran yang jujur dan baikhati, kerana anda seorang yang tidak bertanggungjawab dan langsung tidak mempunyai nilai perihatin dan hormat menghormati kepada masyarakat setempat. Perlu diingat jika anda tidak menghormati kehendak bangsa dan agama lain, belum tentu lagi orang mahu menghormati bangsa dan agamamu!